Wednesday, 12 September 2012

As Simple As That!!!

"Mak, malam ni Yong nak keluar.Nak beli barang untuk camping."

Agak keberatan untuk aku keluar sana pada malam Khamis. Mengenangkan, esok ada kuliah. Aku hanyalah pelajar tajaan FaMa dengan RM 400 dalam tangan dan juga akaun (sum pada masa sekarang). Lagikan pula,baru beberapa hari bergelar pelajar UNIMAS. Sangat berat untuk aku keluar dari kawasan UNIMAS pada waktu malam. Apabila berjauhan dari keluarga, aku lebih selesa bergerak pada waktu siang. Dengan keadaan masa Sarawak yang 45minit lagi cepat berbanding semenanjung. Inilah ujian...Sebelum ini, aku belajar di Kuala Lumpur; UM. I learned a lot and not just about science but life as well. Kuala Lumpur, ada bas RapidKL serta LRT (My preferred mode of transportation). Pada waktu itu, sesenang menunggu bas di bus stop sahaja, dalam beberapa minit,aku sudah berada di KLCC atau The Mall,PWTC (sekarang dah tukar nama,tak ingat).

Aku susah hati. Ya,sukar untuk dipercayai, aku susah hati apabila diajak keluar. Ya, kewangan aku terhad Aku serik berboros seperti di PASUM dahulu kerana kini aku tidak lagi ditaja oleh penaja-penaja besar, cumalah ditaja oleh dua orang guru yang juga ada lagi 4 orang yang ditaja beserta diri sendiri. Tetapi apakan daya,aku tidak layak untuk memohon tajaan JPA, apatah lagi menerimanya. Kini,aku cuma mengharapkan keputusan akhir Tahun Pertama untuk memohon semula JPA. Mungkin agak tidak rasional untuk aku bimbangkan perkara ini, sedangkan tanggungjawab aku hanyalah untuk belajar.

Apa yang perlu aku beli? Camping gear seperti headlamp, sleeping bag, kasut getah, insect repelant dan sebagainya. Juga seluar track. Aku cuma ada satu. Seluar Silat Cekak yang aku guna untuk kelas latihan di UM. Yang lain? Rabak di UM akibat terjatuh. (-__-) Tak dapek den nak nolong...Hahaha...

Okeylaa, aku ke student Pavilion di belakang kolej Sakura ni untuk keluarkan RM150. Sakit! Aku mencongak-congak bajet dalam kepala yang agak serabut ni. Selama aku hidup, tak pernah aku beli pakaian sendiri. Satu, disebabkan tiada tuntutan mendesak. Dua, aku bukan seperti budak-budak perempuan yang lain (Budak perempuan???????????), pakaian tak menarik perhatian aku. KOMIK je yang boleh...

Memandangkan ini tahun baru buat aku, aku temakan tiga tahun ini sebagai REDEMPTION. I repeat, REDEMPTION! Satu tahun yang lalu, banyak kesilapan yang aku buat sehinggakan aku berada di tempat yang aku berada sekarang. Sejujurnya, aku tidak minta jurusan ini, dan aku tidak hendakkan tempat ini. Bukan aku tak redha, kadang-kadang terlintas penyesalan dan rasa terkilan. Tetapi, yang pasti aku sudah berada di sini sekarang. Dan emakku kata "Tak taulaa sebab apa, tapi mak rasa Yong akan jumpa sesuatu kat sana tuu. Ada something tuu." Emakku juga tidak tahu apakah yang beliau maksudkan, tapi aku percayakan naluri ibuku. Pahit tetapi benar.

Dan aku, dalam susah hati, aku bergantung kepada Yang Kuasa. Aku berjaya pujuk diriku...(Aku seorang yang degil, jadi susah untuk dipujuk...Lagi-lagi bila aku punyai pendapat sendiri) Ayatnya mudah...

Hidup aku ni, Allah yang punya...Tak perlulaa aku buat macam hak milik sendiri. Dia nak kau menceburi bidang ni dan di sini. Perlu ke kau bantah? Dia yang mengkehendaki, apa yang boleh kau buat? Kau geli katak, kau takut monyet, kau tak mahu pegang apa-apa binatang sebab jijik dengan mereka, tangan kaukah itu?

 Ouch! Aku yang re-type ni pun rasa meremang bulu roma.Brrrr....

Seperti biasa, aku berdoa dan bergantung harapan dengan Allah. Dan kali ini, tiada lagi doubts. Selama aku hidup, kejahilan aku telah menghijabkan aku dengan hakikat sebenar hidup kita di dunia. Kadang-kadang, aku juga tak tahu apa yang aku buat sesuatu untuk apa. Sedangkan Basmallah itu kuncinya. Itulah kata hikmatnya. Niatkan sesuatu "...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" (Tazkirah dari Pengajar UNIMAS)

Secara tidak sengaja, aku bersembang dengan rakan serumah, seorang senior non-muslim berbangsa Bidayuh. Aku tersebut tentang seluar Track.

Pinjamlaa saya punya.Tadi tak tau kenapa tergerak untuk mengambilnya dari kawan.Ada hikmah rupanya. Ada lagi satu kat dalam bilik.Pinjamlaa...

Allah telah meringankan kesusahan hati aku. Pada mulanya, aku menolak kerana aku akan masuk hutan yang basah dan berlumpur, tapi beliau bertegas juga. Dengan lafaz Alhamdulillah, aku mendoakan kesejahteraan dan rezeki kepada beliau. Saiznya juga ngam.

  As simple as a doa with a heart that is Ikhlas

No comments:

Post a Comment